Sunday, November 17, 2013

KEHIDUPAN DI USM :D

Assalamualaikum kepada semua yang membaca entry ni. Rasa dah lama sgt x tulis dalam blog ni. Tajuk entry pasal kehidupan di USM. Macam2 ragam yang telah aku jumpa dalam jangka masa 2 bulan di sini. ermm. ada yang seronok dan ada juga yang tak seronok, Agak sedih sangat sebb berjauhan dengan keluarga . Tetapi inilah yang dinamakan pengorbanan seorg pelajar. Emak abah doakan elya berjaya capai cita2 elya kat sini. Aku dapat merasakan yang mak ngn abah sangat bangga dengan aku sebab dapat masuk Universiti. Terima kasih semua kerana banyak memberi dorongan dan semangat sehingga saya berjaya menjejakkan kaki ke dalam Universiti. Kat sini aku amek kos Sains Matematik. Semua orang tanya mcm mana belajar okay ke ? aku cuma mampu cakap okay la. sebenarnya tuhan saja yang tahu betapa susahnya belajar kat sini. Ermm. lagi2 kene kumpul mata mycsd kalau nak masuk desasiswa tahun depan. Aku akan cuba yang terbaik untuk kumpul mata tersebut. Kat sini semua orang pandai2. Rasa macam diri ini terlalu bodoh dibandingkan dengan orang lain, Walaupun dapat keputusan yang sangat cemerlang sewaktu di matrik, tapi kat sini lagi besar cabarannya. Kena pandai bahagikan masa dengan bijak. Ya Allah tabahkan hati ini untuk terus kuat belajar disini. Rasa tak sabar nak pakai jubah dengan topi. ermm lambat lagi. 3 tahun lagi. Diharapkan semua dapat berjalan dengan lancar. Aminn.kat sini aku selitkan gambar2, tgk la..  :D






Sunday, March 31, 2013

KEHIDUPAN SEBAGAI SEORANG PELAJAR MATRIKULASI :)

ASSALAMUALAIKUM.

Lama sangat dah tak update blog ni. sampai dah ada orang tanya . takde cerita baru ke. Sorry because I'm so busy. Okay , now dah penghujung bulan March, and then tak lama lagi final exam . So nervous k . sangat menakutkan actually because bnyak sgt yang kena study. Macam nk pecah kepala otak ni rasa.  haha. Tu la nama dia kehidupan seorang pelajar Matrikulasi. Bila final exam dah dekat , so aku pun tak lama lagi akan menamatkan pengajian aku di sini. And tak lama lagi boleh masuk Degree :) . okay sgt muda umur 19 dah nak amek degree. haha. Actually agak sedih plus sebak bila fikirkan yang aku akan berpisah dengan rakan2 di Matrik ni even kitaorang tak sampai setahun kenal. Tapi, you are the best among the best :) Aku just malas nk cerita panjang, but I have some picture for you all .

YOU MAKE MY DAY :)

okayy. Yang kat atas tu gambar my classmate. Selama 2 sem kat matrik ni, diaorang la yang banyak memberi pertolongan.



SMILE ALWAYS :)

Then, mereka yang di atas ni , budak2 laki kelas aku. Okay la. Not bad. Haha. Pandai2 jugak la diaorang ni. Mana yang serius tu serius la. mana yang main2 tu. Main2 la. haha. Start from left . AFIF,RAZIF,NAJMI,ZAKIR,BOB,GOLOK,SHAMIL






okayy guys, Mereka adalah budak2 perempuan kelas aku. macam2 ada. Dari Johor ada, KL ada, Terengganu ada, and yang paling ramai Melaka. hehehe.

 -AIDA-AISYAH-LUD-EFFI-IKIN-MIZAH-LEEN-IERA-SAYA-FATIN-LIZA-NALAYINI-PIQAH-AIDA SYAZWINA-AIDA MASTURA-

MY ROOMMATES -FATIHAH-NAZATUL-


SENAMROBIK 1 MALAYSIA

EXPLORACE
-IKIN-LIZA-MIZAH-LEEN-ME-


CLASSMATES
-AIDA-FATIN-ME-EFFI-

WE ARE FRIENDS
EMRAN ANAK BUAH KUMBE MATH SAYA.
a.k.a BOBBY :)


Macam2 aktiviti yang telah dijalankan kat sini. erm. disebabkan time mid-sem exam I got A in Maths, so I have to be a tutor or fasilitator for MAXELL program. Program ni dijalnkan oleh Unit Maths pada setiap hari Rabu malam . Mcam2 karenah ade. Mana yang okay tu okay laa. At least aku merasa la jugak jadi fasi ni. hehehe.
Banyak gambar lagi sebenarnyaa ni :)












Sunday, January 27, 2013

Assalamualaikum . Okey , firstly aku tak tau nak start dari mana coz dah terlalu lama aku tak update blog ni. Macam2 yang berlaku actually but aku takde masa langsung nak update . Okey , sehari je tinggal untuk aku  study for midsem exam . Agak takut jugak sebb sem 2 ni boleh tahan tough jugak . Okey nak tak nak kena jugak habiskan Matrik . Kata nak amek Degree kan kan ^^ .  aku harap aku dapat buat yang terbaik untuk exam ni . okey, nak story ckit , Benda yang paling menggembirakan aku sepanjang sem 1 , aku dapat menggembirakan kedua ibu bapa aku . Alhamdulillah aku dapat 4 flat for the final exam . Memang aku tak sangka semua itu. Mungkin ade hikmah semuanya. Bersyukur tak terkata sebab itu yang aku impikan selama ni bila masuk Matrik . and One more thing , aku happy sgt sebb for the first time aku celebrate birthday dengan kawan2. Thanks to Nazatul and Fatihah a.k.a rommates aku yang sudi celebrate birthday akuu. memang terharu sgt . siap belikan kek lagi tuu  Thanks sgt2 wehh . hee :) . But aku seih sgt bila result muet aku sangat2 mengecewakan . Aku dapat band 2 . Ok fine I admit that yang aku memang tak suka English sejak di bangku sekolah rendah lagi . But I love Arabic . krik . krik, hee . Takpe , aku redha semua . Semua orang kat atas muka bumi ni ade kekurangan dan kelebihan masing2 . Mungkin bukan rezeki aku nk dapat result muet yang okeyy . hmm :( . Maybe aku akan repeat time aku masuk U nanti . Sebab aku fikir terlalu awal nak amek Muet actually . Apepun aku kene kuatkan semangat . Go elya Go !!

Okey , sekarang umur aku pun semakin meningkat . For this year , 19 years old. okey , dah besar okeyy . hahah. Buat masa sekarang aku malas nak pikir pasal Cintan cintun and yang sewaktu dengannya . Mungkin aku terlalu muda untuk pikir semua kisah karut mengarut tu . Aku fikir aku nak lebih fokuskan kepada study.  Sorry kepada yang terasa,  Maafkan aku sebab buat kau sedih . Bukan niat aku untuk menyakiti kau . mungkin aku bukan yang terbaik untuk kau . Terima kasih kerana pernah menyayangi aku . Teruskan perjuangan kau untuk hari2 yang mendatang . Kalau ade jodoh , takkan kemana k . hee :)
Aku harap kau jangan bersedih. okay , sekian je untuk kali ni, sebb dah takde mood lagi nak tulis . Nak contuinue study . Untuk semua students Kolej Matrikulasi Melaka. Good luck for UPS . 4Flat  !! Amin. k daa . babai :)

Saturday, June 16, 2012

DUNIA BARU :D

Assalamualaikum . hai semua ! lamanya tak update blog ni . memang takde masa langsung nak online bagai . haha . sekrang memang busy gile nak mati . so,kene kuatkan semangat okey. Sebenarnya nak share some story aku kat matriks melaka . haha . tak jauh pun . Melaka je pun. tak jauh pun, aku rasa jauh jugak londang tu , hakhak . hmm , aku malas nak type mcm2. tapi , aku just sediakan gmbar ye .maybe dari situ korang boleh tau serba sedikit aku kat sana selama  3 minggu :D






















hmm , okey . tak mampu nak story .sebb sangat2 penat . haha .okey , daa :)

Thursday, May 10, 2012

PLEASE SUPPORT AKU :(

Assalamualaikum . hai korang . terima kasih sebb sudi baca blog saya yang tak seberapa ni. sebenarnya , nak ucap terima kasih bnyak2 kat semua kawan2 aku yang sentiasa support aku. kalau korang semua takde aku tak tau nk buat mcm mne . i love you alls.






hmm , itu la sedikit sebanyak nasihat yang dilemparkan dari rakan sedorm saya iaitu ANNUR.thanks tau nur . Aku dah kuat ckit dah . hehe :D . hm , jom kite baca yang lain pulak meh .




hmm , panjang kan ? memang la pnjg . die nie kuat berceloteh . mesti lah panjang kan ? hee :) . jangan marah ainur . aku gurau je . terima kasih sebab support aku . kau tu pun belajar rjen2 tau . mcm best je Diploma Syariah . Dapat jugak ape kau nak . Kat KUIS kan ? okey lah tu . aku tau kau pon boleh . hewhew . 


haa ? budak kata atas ni nama dy Hidayah . dy schoolmate aku time kat sekolah rendah dulu, sekolah menengah dia sekolah kat SIS . dekat jugak dengan sekolah aku . sejak 2 menjak ni aku rapat jugak ngn dia . selalu lepak2 ngn dy . sama je otak giler2 mcm aku . dayah nie masuk matrik gak sma ngn aku kat melaka . tapi dy amek akaun . dy dapat twaran uitm kos pentadbiran awam . tapi dia tak pergi sebb dia agi prefer Akaun . Akaun dy A+ tu SPM . hakhak . tahniah2 :). thanks tau dayah bg aku semangat . aku harap sape2 yang   sudi support aku , support la yek . Aku appreciate gile2 . especially , orang2 yang aku sayang . hmm .Ingat tu :D

okey lah korang . aku dah penat ni . nak mandi . dah nak dekat maghrib ni . malam ni malam jumaat . nak baca yassin . berusaha + doa + twakal . kalau dapat second intake okey jugak . hmm , okey . choww . Assalamualaikum . 


Life Must GO ON !

Assalamualaikum . hmm , harini tak tau kenapa . masuk ni dah 2 kali aku post dalam hari yang sama . tgh duk online facebook tadi , tibe2 aku tertarik dengan status dak nisak . haha . mai tengok .



hmm , baca dah ? tiba2 memang aku terasa la jugak . sebab actually aku pun ade pertikaikan jugak mula2 lah. tapi skang aku baru sedar . thank you NISA . haha . ye , memang ak jeles . tapi aku redha . kadang2 ape yang kita tak nak tulah selalunya Allah akan beri . tapi aku anggap itu satu cabaran. aku hanya manusia biasa . tak ade hak untuk pertikaikan nya . Mungkin memang rezeki korang semua . memang aku tengah cuba tabahkan hati yang sangat2 terluka . Aku percaya setiap yang berlaku pasti ade hikmahnya . Aku redha pada takdir . Mana tahu kan rezeki aku time kerja pulak kan ? hmm , siapa yang  tahu . Hanya ALLAH yang MAHA Mengetahui segalanya . hmm ,sabar ye elya . ni haa nak cakap ckit. kalau baca blog aku ni memang sedih kan? tambah2 lagi lagu background . memang sentap gila ni . hakhak . takpe2 . rileks je . 


Habis dah cerita tu . tukar ke cerita lain . nak tau tak ? jap ea . Lai2 , tengok ni meh :D


Haa . tu dia ceritanya . aku sengaja je kot buat mcm tu , sebab aku tak suka orang2 kacau aku . Nak kenal la, mintak nombor la segala bagai . kau ingat aku layan ke cinta muka buku ni . hakhak . sorry la beb . Tapi yang bestnya , ade orang jeles ngn benda alah kat atas nie . Rileks la babe , saya sayang awak sorang je . Ape kes nak jeles ? haha . hmm , tau pun jeles . mcm tu lah saya rasa dulu . skrg ni rasakan . hewhew . jgn marah ye . Untuk pengetahuan awak2 semua , saya masih single tapi but not available . takde declare itu dan ini . hmm , sekarang ,masih serabut lagi kepala aku nie . dengan nak prepare ape yang patut untuk ke matriks . dengan nak membawa hati yang terluka nie . hakhak . nasib baik penawar rindu tak lupa saya . lepas le ckit . hoho . last but not least , saya nak cakap kat sini , awak baca tau . kalau sejauh mana pun kita, kalau memang awak jodoh saya , tetap akan bersatu jugak . Ingat tu . Saya hargai semua yang awak buat untuk saya . okey , Assalamualaikum . 




Wednesday, May 9, 2012

Ade Hikmah semuannya :)

Assalamualaikum . hai3 . ape khabar semua ? hopefully everything gonna be okay . Today nak story about UPU result . Before that , lets see this picture :D




ermm . okey , aku tak dapat pun mana2 University . memang rasa mcm nak menangis sekuat-kuatnya tapi apakan daya aku tak kuat . semestinya , aku sedih gila nak mati *bak kata anes ameera jangan lah sampai mati wehh* . haha ! ape aku kesah! memang lah aku sedih . aku nak UIA ! geram nya . pelik gila kot aku sebb budak2 yang tak dapat A arab pon boleh dapat UIA . yang aku dengar haritu , cikgu zul cakap , kalau nak masuk UIA tu syarat utama bahasa Arab mesti A . Paling koman pun A- . Nie aku yang A solid pun UIA ckit pun tak pandang . Ape kess weh ??? hmm , aku tak tahu nak kata ape bila aku semak masuk kan no IC dengan bangganya dia keluar bende kat atas ni . Sape tak sedih weh ? Budak yang 2A boleh dapat UIA . Aku yang 5A boleh tak dapat . hmm, mungkin memang takde rezeki aku nak masuk U straight . hmm , tapi kira bersyukur ALHAMDULILLAH matrik masih terima aku . Thanks A lot yeee . kalau tidak aku pun memang tak tahu dah nak masuk mana . tapi, for sure aku kene struggle habis-habisan kat matriks tu sebb kos aku 1 tahun only . kalau aku tak perform pointer , memang kene tendang lah jawabnya . Sekian terima kasih. hakhak . Ape2 pon tahniah kat semua kawan2 aku yang dapat UIA , UM , USIM , UITM , UNISZA and mcm2 jenis U lagi . Aku disini  akan sentiasa mendoakan korang semua . And aku pun harap korang semua doakan aku . mungkin kali ni rezeki korag .Belajar rajen2 . Sebb bukan senang  tau nak jadi graduan U . hmm . untuk kawan2 aku yang sgt rapat , especially NAZ and JANNAH , nasib kita serupa. UPU tak pandang kita . ape2 pon aku tetap sayang korang . Jangan lupa aku okey ? to ADIB , blaja rjen2 tu kat UITM . tak jaoh pon , melaka je pun . kalau free calling2 aku tau . and tak lupa kat NISA and MENI . thanks sebab selalu support aku . bagi semangat kat aku . kalau korang takde , tak tahu lah nasib aku mcm mne , thanks tau wehh . I love you . and kepada kawan sematrik saya , iaitu MIRA , AINIL , NAZ , IZZATI , HANIS , AINA . Jmpe korang disana yew. Hopefully , dapat la jugak salah sorang dari korang satu bilik ngn aku . ngee :) . hm , tu je nak cerita harini . untuk si dia , i love you my dear . okayy , Assalamualaikum :)