Sunday, November 17, 2013

KEHIDUPAN DI USM :D

Assalamualaikum kepada semua yang membaca entry ni. Rasa dah lama sgt x tulis dalam blog ni. Tajuk entry pasal kehidupan di USM. Macam2 ragam yang telah aku jumpa dalam jangka masa 2 bulan di sini. ermm. ada yang seronok dan ada juga yang tak seronok, Agak sedih sangat sebb berjauhan dengan keluarga . Tetapi inilah yang dinamakan pengorbanan seorg pelajar. Emak abah doakan elya berjaya capai cita2 elya kat sini. Aku dapat merasakan yang mak ngn abah sangat bangga dengan aku sebab dapat masuk Universiti. Terima kasih semua kerana banyak memberi dorongan dan semangat sehingga saya berjaya menjejakkan kaki ke dalam Universiti. Kat sini aku amek kos Sains Matematik. Semua orang tanya mcm mana belajar okay ke ? aku cuma mampu cakap okay la. sebenarnya tuhan saja yang tahu betapa susahnya belajar kat sini. Ermm. lagi2 kene kumpul mata mycsd kalau nak masuk desasiswa tahun depan. Aku akan cuba yang terbaik untuk kumpul mata tersebut. Kat sini semua orang pandai2. Rasa macam diri ini terlalu bodoh dibandingkan dengan orang lain, Walaupun dapat keputusan yang sangat cemerlang sewaktu di matrik, tapi kat sini lagi besar cabarannya. Kena pandai bahagikan masa dengan bijak. Ya Allah tabahkan hati ini untuk terus kuat belajar disini. Rasa tak sabar nak pakai jubah dengan topi. ermm lambat lagi. 3 tahun lagi. Diharapkan semua dapat berjalan dengan lancar. Aminn.kat sini aku selitkan gambar2, tgk la..  :D