

Jangan sesekali kau bersikap kejam
memberikan harapan pada aku itu lalu aku jatuh cinta
sedangkan diri kau tidak mencintaiku.
Jangan sesekali kau hadir dalam hidup aku
kalau ia hanya kau rasakan akan menghancurkan perasaanku.
Jangan sesekali kau menatap tepat di mataku
jika semua yang kau lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kau mengambil berat ke atas dirinku terlalu berlebihan
hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang diriku menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kau mengatakan "aku cinta padamu"
sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan sesekali kau tertarik pada aku kerana paras rupaku,
sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kau tertarik pada kekayaannku,
kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh
dan ia dapat membuatmu tersenyum.
Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman
yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang
untuk menerima cahaya dari Ilahi,
kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah
dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah
untuk menerima cahaya dari Ilahi,
kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA..
Terima kasih sebab kenal kau.
Terima kasih sebab aku bahagia.
Terima kasih sebab aku lebih sengsara.
Terima kasih sebab menjahanamkan hati perempuan ku.
Terima kasih dan anda boleh pergi jauhhh dari saya :')
Tak guna jaga perasaan orang kalau
dia sendiri tak tahu menghargai perasaan kita.
Tak guna sayang orang yang tak pernah nak sayang kita.
Tak guna sanjung orang yang selalu merendah kan kita.
Tak guna kesian kat orang kalau dia sendiri tak ada belas kasihan dekat kita.
Aku selalu sabar dengan kau.
Dan aku taknak jadi bodoh untuk terus bersabar dengan kau.
Dengan rasminya, kau buat aku benci kau.
Seriously. Kau boleh melangkah jauh dari hidup aku.
Tolong jangan tinggal kan jejak kau walau pun sikit. Aku benci.