Friday, February 17, 2012

JANGAN SESEKALI KAU ....

Jangan sesekali kau bersikap kejam

memberikan harapan pada aku itu lalu aku jatuh cinta

sedangkan diri kau tidak mencintaiku.

Jangan sesekali kau hadir dalam hidup aku

kalau ia hanya kau rasakan akan menghancurkan perasaanku.

Jangan sesekali kau menatap tepat di mataku

jika semua yang kau lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kau mengambil berat ke atas dirinku terlalu berlebihan

hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang diriku menaruh hati padamu.

Jangan sesekali diri kau mengatakan "aku cinta padamu"

sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan sesekali kau tertarik pada aku kerana paras rupaku,

sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

Jangan sesekali kau tertarik pada kekayaannku,

kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh

dan ia dapat membuatmu tersenyum.

Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman

yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang

untuk menerima cahaya dari Ilahi,

kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah

dan cinta kepada Allah...

Namun..

Hati orang yang berdosa itu susah dan payah

untuk menerima cahaya dari Ilahi,

kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA..

No comments:

Post a Comment