Wednesday, December 14, 2011

SELAMAT TINGGAL TUN PERAK :'(


Pejam celik , pejam celik ,
kejap je da abes exam SPM .
sebulan rsa sekejap sgt .
so , nak say SELAMAT TINGGAL TUN PERAK !
tak sangka dah 5 taun aku kat ctu ,
mcm2 pahit manis kat situ .
sedih sebenarnya nak tinggalkan zaman sekolah ,
rmai org kata zaman skola tu yg pling best .
BETUL TU ! BEST sgt2 !
rindu nk tgglkan cikgu2 .
ape yg bley aku ckp .
thanks a lot tu cikgu2 di SMK TUN PERAK ,
tak kira yg mengajar sy secara lgsung ,
atau tak langsung ,
halalkan segala ilmu yg diberikan ,
semoga berkat dunia & akhirat !
sy syg cikgu2 semua ,


Then , say good bye kat IKHWAN FIRDAUS ,
lepas ni da tak jmpe ,
hope ikwan jge dri baik2 ,
blaja rjin2 , jgn jadi mcm akq ,
akq tak pandai wan ,
akq nk tgk adik akak berjaya ,
even though wan adik agkat akq je .
and kdg2 akak da syg wan tu lebih dari seorg adik .
akq mintak maaf untuk segalanya ,
sepnjg perkenalan kte ade yg menyakitkan hati .
harap dimaafkan sepenuhnya :)
SORRY sebb over tersayng ikwan ,
ikwan jgk ckp .
PERASAAN kan ?
kite tk boleh halang kan ?
tapi , wan tau kan tentg perasaan akq ,
klau ade jodoh kte jmpe lagi,
semoga jadi pemimpin yg baik .

# sayasygawaksampaibila2 .
# ingtakqselalutau
# Jgn memberi hrapan pd yg belum pasti ,
kelak ade insan yg bkal dilukai .

Sunday, December 11, 2011

20 PERKARA YANG BUAT WANITA BENCI LELAKI ! Awas !

1. MENINGGIKAN SUARA

>> Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah… Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah…

2. MAIN KAYU TIGA

>> Bab main kayu tiga ni masalah paling besar… Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia… Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya…

3. SUKA ‘CUCI MATA’

>> Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama isteri, si dia tidak akan peduli…hihi Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati isteri kenalah jaga juga cik abang! lagipun DOSA tu cik abang oiii… hehe

4. MENGONGKONG

>> Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol!!! Segala gerak-geri buah hati dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan… Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh pasangan mereka… Macam mana tu?

5. EGO

>> Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

>> Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah… Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka tidak melaksanakan janji mereka sendiri.

Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

>> Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

>> Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan pasangan… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

>> Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan… Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

>> Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

>> Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

>> Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN

>> Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang isteri apabila mendapat suami yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

>> Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak pasangan mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

>> Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

>> Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

>> Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta berkahwin kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

>> Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

>> Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

>>Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

30 RAHSIA PEREMPUAN


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadisyang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan moodwanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku -buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari olehwanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Friday, December 9, 2011

Bila Cinta Berputik , adakah dia jodohku ?

"Tiada terfikir,

Terlintas Engkau akan tiba,

Membawa perangsang.

Tiada terfikir, Terlintas,

Engkaukan membuka,

Sempadan perasaan.

Bunga kembang bertali hati,

Bunga kembang di puncak akli"

Begitu indah cinta, membawa perasaan yang

tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Akan tetapi diluah melalui

boneka jasad serta lirikan mata,

lidah kelu diam seketika,

jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.

Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri

mereka ingin dicintai dan ingin mencintai.

Akhirnya mencari cinta.

Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.

Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading.

Mitos memaksa mereka mencari pasangan

sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen,

kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup

yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi.

Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik

dan berbunga-bunga akhirnya tewas,

melebur membentuk luka yang pedih dan sakit.

Sesak nafasnya!

Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar

(meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa

perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui

batasan agama, bersentuhan, berkucupan,

berkhalwat dan terlanjur.

Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor,

Akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor

dan jijik tidak lagi bersama

Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.

Yang nyata dan pasti,

kamu tidak terlepas dari pandangan Allah

dan Allah mengetahui perbuatan

kemungkaran kamu. Taubatlah!

Jika kamu merasakan dia jodohmu,

adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada

membawa kamu kepada kemungkaran?

Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk

berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan

di mana kita mahukan ia berakhir?

Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.

Ketika cinta kamu berputik pada si dia

dan kamu sendiri mengakui di dalam hati

kamu bahawa kamu ada

rasa sayang pada dia,

dan hati kamu punya rasa cinta padanya,

renung seketika, di mana kamu

ingin meletakkan

cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.

Jika cinta Allah lebih kamu sayang,

letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulankamu.

Apabila kisah cinta mula melorot dari

satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya

kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?

Pada ketika itu,

fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka?

Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu.

Jika pernikahan yang kamu cari,

maka tidak usahlah buang masa lagi.

Dekatilah pernikahan kerana

kamu perlu mencari keredhaan Allah.

Bersama keredhaan Allah,

langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya.

Kadang-kala di luar jangkaan kamu.

Namun, jika dugaan yang datang,

tabahkan hati tetapkan niat kamu

untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.

Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud

dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu.

Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu,

terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan,

serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.

Jauhi dari hati yang makin berbunga

dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh.

Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.

Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T,

tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.

Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.

ANDAI KAMU INGIN MEMBERI CINTA !

CINTA. Istilah ini amat popular.

Ia mudah dikata tetapi sukar dimengerti.

Tatkala melafaz istilah ini,

ia mencetuskan pelbagai makna dan perasaan buat seseorang.

Ada getaran di suara apabila menyebutnya,

ada gambaran indah di layar minda

apabila mengingatinya dan ada perasaan berbunga di hati tatkalahayatinya.

Cinta boleh menjadi istilah yang paling disukai.

Atau paling dibenci, bergantung kepada saat bahagia

atau deritanya seseorang dengan cinta.

Namun ia juga sering disalah anggap kerana cinta biasanya

dikaitkan dengan cinta lelaki dan perempuan yang mengasyikkan.

Dalam ertikata lain, cinta di alam remaja

yang disebut sebagai 'cintan-cintun'.

Tetapi, apabila ruang lingkup cinta itu diperluaskan,

kita akan dapati cinta itu mencakupi cinta anak kepada ibubapanya,

kepada isteri atau suami, kepada sahabat, alam, kampung,

negeri, negara dan yang paling mutlak dan hak ialah cinta kepada al-Khaliq iaitu ALLAH SWT.

Dalam pada itu, oleh kerana mudahnya istilah cinta ini disebut-sebut,

ia seolah-olah sesuatu yang begitu mudah dicurahkan.

Bahkan, adakalanya ia menjadi begitu murah.

Kerana apa? Kerana pada pelbagai ketika dan keadaan,

kita sebenarnya tidak menyintai apa atau siapa yang kita cinta.

Ia berlaku apabila kita tidak mengerti perasaan kita sendiri

akibat tidak menyelami sanubari.

Ini terjadi apabila kita menyintai kerana terikut-ikut dengan dunia cinta orang lain.

Cinta ikut-ikutan ialah apabila kita turut bercinta semata-mata

kerana kita lihat orang lain bercinta.

Pendek kata kerana kita tidak mahu ketinggalan.

Kita menyukai sesuatu kerana lihat orang lain suka.

Kalau orang lain ada kekasih,

kita pun mahu kekasih sedangkan kita belum bersedia untuk menyintai.

Kalau orang lain menggilai gajet komunikasi seperti Blackberry,

kita pun turut suka walaupun kita hanya gunakan alat-alat itu

untuk kegunaan asas seperti menelefon dan mengirim teks sahaja.

Bila kita tidak gunakan sepenuhnya fungsi e-mel, PDA, internet,

musik dan video dalam Blackberry seperti mereka,

itu hanya cinta ikut-ikutan.

Kalau kita katakan yang kita cinta pada alam

tetapi hanya dengan menanam sebatang pokok sebagai simbolik,

itu belum lagi dinamakan cinta.

Cinta ikut-ikutan akan cepat pudar dan membosankan diri

kerana ia hanyalah kesukaan luaran.

Esok, lusa, kita akan mencari cinta yang lain.

Cinta apabila 'ada' juga bukan cinta luhur kerana ia ada kepentingan.

Orang kata, ada wang sayang abang,

tiada wang abang melayang.

Ertinya, cinta itu hanya datang apabila ia memenuhi kehendak kita.

Andainya cinta kita tidak dibalas setimpal dengan apa yang diberi,

maka ia mudah diketepikan.

Cinta pada pasukan bolasepak Malaysia

selagi mereka menang

tetapi membencinya sekiranya mereka tewas dan melukakan hati kita,

itu belum cinta namanya.

Ada kalanya, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyintai,

tapi sebenarnya cinta itu sudah lemau.

Oleh kerana ingin menjaga prinsip dan nilai kesetiaan serta tanggungjawab,

maka kita memaksa diri.

Tanpa disedari juga mungkin kita berlakon suka.

Kita boleh temui cinta suami dan isteri yang sudah rutin.

Di meja makan restoran, si isteri ber SMS dan si suami membaca akhbar.

Tanpa senyum-senyuman, tanpa lirik melirik,

mereka menghabiskan makan malam dan keluar dari

restoran dan melangkah beriringan sedepa jauhnya.

Kononnya, mereka sudah makan malam bersama.

Memberi cinta secara ikut-ikutan,

cinta tatkala ada dan cinta hingga memaksa diri adalah cinta yang tempang.

Ia tidak menyeluruh.

Sebaliknya, memberi cinta dan menyintai secara tulus ialah

apabila kita menyukai sesuatu kerana perasaan kita sudah jatuh kepadanya.

Memberi cinta bukan kerana baiknya,

malah menerima keburukannya sebagai satu pakej.

Kita masih boleh terus menyintai, meskipun ia tidak akan dibalas.

Umpama seorang pelukis dengan lukisannya;

dia tetap akan menyintai lukisannya

meskipun lukisannya tidak boleh membalas cintanya.

Memberi cinta yang luhur akan terus kental dan tidak berpaling arah

meskipun yang lain datang menguja.

Bagai cinta ibu pada si anak,

walaupun apa pun cacat celanya anak, si ibu tetap mekar dengan cintanya.

Untuk kukuh dan kekal memberi cinta luhur,

kita bukan sahaja perlu menyintai sesuatu itu pada pandangan mata,

tetapi menyintai, mengkaji dan memahami asal usul,

kebaikan, keburukan, malah menerima dia atau ia pada hari esoknya.

Paksi cinta juga mestilah seiring cinta kita kepada ALLAH SWT

Ia bukan memberi cinta kerana ikut-ikutan atau taklid.

Ia bukannya menyintai kerana memperoleh hidayah dan hilang cinta

apabila menerima musibah.

Bukan juga menyintai dengan melakukan ibadah

kerana ia tanggungjawab semata-mata.

Cinta yang hanya menggunakan akal fikiran

dan tidak disertai dengan perasaan telah

mengenepikan ciri utama cinta - jiwa yang halus tempat asal

di mana cinta itu membenihkan bibit-bibitnya.


Monday, November 7, 2011

DOAKAN KEJAYAAN KAMI !



SIJIL PELAJARAN MALAYSIA !
tak lama je lagi nk rase bende tu .
tapi , ntah la .
nak tak nak kne tempuh gak !


tu dia slip kemasukan dewan peperiksaan ,
haha ! cam tak caya je .
untuk kawan2 aku .







just nak wish best of luck to you !
doakan kejayaan bersama !
especially to my classmate !
5 AGAMA 1 !


semoga batch kte tahun ni dpat naikkan nme STP !
ALANG2 LULUS BIAR CEMERLANG ,
ALANG2 CEMERLANG BIAR 11A+ !
AMINNN !
and to my best friend ,

JANNAH ATHIRAH


NAZATUL AMIRA


FARAH ADIBAH


ANNUR ARDANI


NISA ANUAR


P/S : Buat yang terbaik .
aku syg korg semua !

THANKS KAWAN :)


Firstly ,
thanks to my old friend
MUHAMMAD FAUZI AIMAN !
coz ttbe je kau wish aku gud luck !
lame da tak text kau .
rindu tahap gaban kat kau .
haha ! gedik je !
thanks sgt2 tau !
aku pun nak mintak maaf gak kat kau .
aku pun seriously takut nak SPM !
takde spe yg bg aku semangat sekarang!
sedih pun ade rasenye !
kau nak tau tak man ?
aku terharu gle r dpat msg dari kau !
aku tau kau kat SBP tu boleh watt ,
kau pun doakan aku jugakk oke !
aku syg kau ! <3 !

Secondly ,
nak say thank you kat kawan aku sorang ni .
NUR AMIRA ARMANI !


Pagi2 je bgun da dapat msg dari kau !

" Selamat Hari Raya Aidiladha :),
One more thing , good luck spm ye ,
doakan kejayaan bersama,
kasi letop result spm stp,
last contribute for cikgu2 .
kalau aku ade buat salah silap harap dmaafkan ,
perangai aku annoying korg ke ,
terngumpat , terpkul and terso on ,
SORRY je ea .. "
hurm ,
thanks kwan ,
aku pun nak say sorry kat kau !
honestly !
aku bnyk kecik ati kat kau !
sjak dari trial exam lagi .
aku tau weyh aku tak sepandai cam AINIL,SYAHIRAH,AZMAH,IZZAH,
but cube support aku ,
bukan kau sorg je nak kan kejayaan ,
semua org perlukan bende tu!
anyway , aku sentiasa doakan kejayaan kwan2 aku .

p/s : aku pernah nangis sbb kau !
and aku syg kau la weyh !
congrates ngn result trial kau !
btw , sumpah aku jeles ngn resut kau !
tapi , aku akan cbe yg terbaik spm ni !


Sunday, November 6, 2011

CONGRATES MY BRO ! :)




Tahniah my brother !
erm , berjaya gak kau nak KONVO !
hehe , ingat nak ikut ,
tapi tak jadi .
sedih sgt2 actually tak dpat ikut .
nanti time saya konvo nnti ,
saya sendiri yg naik atas pentas tu !
tak sbarnye !
jeles sgt2 ! tgk sikit gmbr mereka !





tahniah lagi sekali !
tu die wajah seorg ibu yg gembira dgn kejayaan anaknye :)
hehe ! sbar ea ibu ! tak lama lagi elya pulak pkai jubah tu!
tggu je tau ! INSYA ALLAH jika Allah izinkan !
aminnn !

Sunday, October 2, 2011

SAYA TAK BERNIAT PUN :(


hurm .
sedih nye .
ptut la wan tak nak msg akak lgsung ,
rupe2nye wan kecik ati ngn akak .
sumpah akak tak berniat pun nak wat wan cmtu ,
and akq un ak expect pun bende tu boleh wat skit ati .
memg akak tak ingt lgsung ,
and akak tak rse un yg wan akan amek berat psal bende tu !
Sorry sgt k !
janji tak buad lagii !


< awk comel :) >

suke aty lah nak maafkan ke tak .
if wan tak nak maafkan akak ,
akak tak kan gngu wan lagi .
akak tak kan pndg wan lagi .
sy tetap syg awk.
nk btau , akq jeles ngn durrah tu !
sumpah jeles !

Friday, September 30, 2011

BRU 2 JE ?:)


hey my dear blog !
I am so happy because aku dapat 2A da ,
what's that ?
Bahasa Melayu & Mathematics !
wah ! suka suki dibuatnye !
btw, tu pun subjek yg aku target !
sejarah aku bad kott !
haha !! whatever la
thanks to god sbb bg aku A !
ALHAMDULILLAH !
hope dapat 5A lhaa
tak target bnyk pun ,
sbb tu je kot yang aku mmpu.
aku risau kot ,
sbb bahasa arab aritu susah la
lg stu , bende yg senang2 un aku bley careless
ape un tak bley .
harap2 la arab aku A
A- pon jadi laa


ape yg penting aku HAPPY !
SMILE ALWAYS !
da bosan la . chow dlu ! daa :)

p/s : ingt dpat ckap ngn dy kat fon .
da die tak nak tak bley pakse ,
kan cikgu zul :)
sungguh ! rindu tahap gaban nye !

Thursday, September 29, 2011

FEVER~



Oh No !!
Fever la ! my fate kot !
REDHA jela !
btw , memg aku rse cam nak mati sgt ,
time jwb exam SYARIAH arituu !
fuhhh ! lau ikutkan ati . nak aje aku blik ari selasa pagi tuhh !
dah la mlm tu tak dpat tdo .
dgn bdan serba panas menghangat !
hanya TUHAN aje yg tau !
kwan2 aku semua lena dibuai mimpi ~
bgun2 tdo je da ku 6.00 pagi
rase tak nak g skola un ade ,
nak tak nak kne gak pergi ,
sbb nak abiskan exam punye pasal !
TRIALpunye psal ,
sanggup maa ~


< FOCUS ITU PENTING >

yang tak ley bla tu paper 2 lak tu start dulu ,
start 8.30 - 11.00
part2 ujung tuu ,
memg rase tak tahan sgt .
padahal da mkn ubat da pagi tuu !
rehat je ku 11.00 , mkn roti .
then mkn ubat pulakk !
panas blik badan akuu ..
tak lme pas tu bru okk ;)
kul 12.45 bru lha start paper 1 .
tak lha susah sgt
coz soalan dy bnyk yg sme ngn past year nye soalan ,
lgpun , aku un bnyk wat latihan .
UNTUNGLAH !
abes je exam , mkn , solat , tdo !
thanks to ida radziana !
sbb picitkan kepala aku !
tbe2 USTAZAH dtg halau sruh balik bilik prep .
aku ikut je la
time tuu , panas bdan aku ,
abes prep , aku naik dorm ,
sambung tdo .
kul 5.30 mandi then soat asar .
mlm tu pas maghrib bru g KLINIK !
dapat MC lak tuu
tu yg bliikk !
blik umah mkn ubat bru tdo .
hurm . tu je sy nak story !
daa :)

P/S : Saya RINDU IF saya .
die tak bagitau un g kem .
die wat saya tercari-cari dy !
sy tak bgtau die un sy demam .
sumpah ! rindu !

Sunday, September 18, 2011

BUKAN HANYA LAFAZ BICARA




Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Hamka)

Sememangnya cinta itu sering kali dikaitkan dengan keindahan, dan sering sahaja mengundang senyuman. Ada yang sanggup memperjuangkan cinta sehingga sanggup pula melepaskan yang dimiliki demi mengejar cinta. Lihat sahaja paparan di media pada hari ini, tataplah berita di kaca televisyen dan internet, bacalah berita di akhbar dan majalah.

Apa yang sering dikaitkan dengan keruntuhan nilai akhlak remaja? Sudah pastilah kerana cinta yang diagung-agungkan sehingga sanggup pula lari dari rumah meninggalkan ibu bapa yang telah banyak berkorban. Hanya kerana cinta, manusia sering saja menghalalkan yang sudah termaktub haramnya. Bukankah sejak di awal usia, kita sering kali diberitahu bahawa penzinaan dan menghampiri zina itu tetap HARAM hukumnya?

Barang siapa yang cintakan sesuatu, maka dia akan menjadi hamba kepada yang dicintainya. Barang siapa yang mencintai sesuatu, maka dia banyak menyebutnya, mengingatinya, dan memikirkannya (Ibnu Ata'illah – Kitab Al-Hikam )

Bukan salah cinta itu hadir dalam diri setiap manusia. Tetapi salah manusia yang tidak pandai, tidak cekap menguruskan perasaan cinta yang hadir. Benarkah cinta yang dirasakan jika kita sanggup mengetepikan cinta kita kepada Allah, cinta kita kepada Rasul, cinta kita kepada Islam, dan cinta kita kepada ibu bapa?

Bukankah cinta itu jauh lebih mulia daripada cinta yang kita sanggup agung-agungkan. Percayalah, setiap rasa cinta yang hadir sehingga kita mengetepikan soal halal dan haram itu tidak lebih sekadar cinta yang berajakan NAFSU. Ya Allah, jauhkanlah kami daripada mengulit mimpi indah dalam cinta yang semakin hari semakin menjauhkan kami daripadaMu.Tuntunlah hati ini untuk mengenali cintaMu, mendahulukan cintaMu, dan tidak menduakan cintaMu.

Mana mungkin rasa cinta ini,
ku curahkan untuk lelaki yang telah lupa,
Lupa pada cintanya pada pemilik cinta,
Mana mungkin rasa cinta ini,
ku serahkan kepada lelaki yang kedekut,
Kedekut untuk mengucapkan ayat-ayat cintanya pada pemilik cinta,
Mana mungkin cinta ini,
ku amanahkan buat seorang lelaki yang culas,
Culas dalam melaksanakan amanah pemilik cinta,
Mana mungkin ku merasa bahagia,
Jika aku menjulang-julang peminjam cinta,
Tapi mengetepikan pemilik cinta.

Berkali kita diingatkan. Lahir sahaja di dunia, menjengah alam telah pun diazan dan diiqamahkan. Cinta kepada Allah, adalah cinta yang agung dan suci. Cinta yang sebenar-benarnya menuntut kesabaran, ujian iman, dan ketaqwaan. Cintailah Allah, dan Allah akan memelihara cinta yang tersulam indah sesama manusia.

Allah swt berfirman: "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil." (Sahih Bukhari)