"Tiada terfikir,
Terlintas Engkau akan tiba,
Membawa perangsang.
Tiada terfikir, Terlintas,
Engkaukan membuka,
Sempadan perasaan.
Bunga kembang bertali hati,
Bunga kembang di puncak akli"
Begitu indah cinta, membawa perasaan yang
tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Akan tetapi diluah melalui
boneka jasad serta lirikan mata,
lidah kelu diam seketika,
jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.
Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri
mereka ingin dicintai dan ingin mencintai.
Akhirnya mencari cinta.
Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.
Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading.
Mitos memaksa mereka mencari pasangan
sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen,
kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup
yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi.
Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik
dan berbunga-bunga akhirnya tewas,
melebur membentuk luka yang pedih dan sakit.
Sesak nafasnya!
Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar
(meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa
perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui
batasan agama, bersentuhan, berkucupan,
berkhalwat dan terlanjur.
Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor,
Akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor
dan jijik tidak lagi bersama
Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.
Yang nyata dan pasti,
kamu tidak terlepas dari pandangan Allah
dan Allah mengetahui perbuatan
kemungkaran kamu. Taubatlah!
Jika kamu merasakan dia jodohmu,
adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada
membawa kamu kepada kemungkaran?
Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk
berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan
di mana kita mahukan ia berakhir?
Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.
Ketika cinta kamu berputik pada si dia
dan kamu sendiri mengakui di dalam hati
kamu bahawa kamu ada
rasa sayang pada dia,
dan hati kamu punya rasa cinta padanya,
renung seketika, di mana kamu
ingin meletakkan
cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.
Jika cinta Allah lebih kamu sayang,
letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulankamu.
Apabila kisah cinta mula melorot dari
satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya
kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?
Pada ketika itu,
fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka?
Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu.
Jika pernikahan yang kamu cari,
maka tidak usahlah buang masa lagi.
Dekatilah pernikahan kerana
kamu perlu mencari keredhaan Allah.
Bersama keredhaan Allah,
langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya.
Kadang-kala di luar jangkaan kamu.
Namun, jika dugaan yang datang,
tabahkan hati tetapkan niat kamu
untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.
Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud
dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu.
Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu,
terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan,
serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.
Jauhi dari hati yang makin berbunga
dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh.
Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.
Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T,
tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.
Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment